Salam
Pernah dengar tak makan maajun sebagai salah satu alternatif dapatkan anak? Ya, itulah yg saya dengar dan telah cuba makan. Suggest dr geng office yg seangkatan. Sebenarnya memanglah maajun ni untuk kesihatan tubuh dan berfungsi sebagai perancang keluarga. Tapi dikatakan boleh juga digunakan sebagai alternatif perubatan utk mendapatkan zuriat kerana fungsi bahan2 yg terdapat dlm maajun itu sendiri baik utk kesihatan wanita.
Ini maajun yang saya makan
.
.
.
Kalau nk tau lebih lanjut mengenai maajun ni silalah ke blog yang tertera
Setakat ni saya dah habis ambil 2 botol. Bagi saya yang mempunyai period yang tetap setiap bulan cuma ambil selama 6 bulan sahaja
Cara makan :-
Start makan hari period ke-3 (malam) sampai 21 hari (habis 1 btl) then rehat 7 hari.Lepas 7 hari baru start mkn lagi
Kesan sampingan :-
Alhamdulillah, setakat ni belum ada apa2 kesan seperti pening atau panas badan yang saya rasa sebab kata orang maajun ni panas harus banyak minum air kosong. Tapi kesan ni mungkin berbeza setiap orang. Wallahu'alam.
Mudah-mudahan Allah memperkenankan usaha saya ini dan mengurniakan zuriat yang baik & sempurna. Sesungguhnya Dialah yang maha mendengar & memperkenan doa hamba-hambanya. Amin.
No comments:
Post a Comment